Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bersua lagi di alam maya ini. Tuan/puan sekarang membaca hasil kajian Al-Quran dan ICT yang telah saya usahakan sejak tahun 2007. Dengan bantuan dan kerjasama para ulama dan tuan/puan semua, usaha untuk meninggikan lagi syiar Islam melalui penjanaan ilmu dari Al-Quran dapat kita teruskan lagi, alhamdulillah. Semoga Allah SWT memberi rahmah, berkah, serta keredhaanNya kepada kita semua.
Pada siri yang lepas kita menyentuh sedikit tentang "double slit experiment" iaitu kita memasuki ke alam quantum itu alam yang tersangat halus, kecil, dan ghaib pada pandangan mata kasar manusia. Alam quantum ini adalah merupakan had maksima kemampuan pancaindera manusia di mana pada tahap ini makhluq halus seperti electron dan foton tidak lagi membenarkan manusia untuk terus mengkajinya. Pada peringkat ini elektron dan foton akan bertukar menjadi "kaku" iaitu partikel atau jisim apabila diukur atau diperhatikan.
Sekarang kita masuk ke peringkat yang lebih tinggi dan lebih teknikal dan mungkin hanya mereka yang mengkaji atau para pelajar universiti sahaja yang akan meneruskan bacaan. Peringkat ini ialah peringkat memahami dan menjana ilmu dari kitab suci Al-Quranul Hakim iaitu kitab yang maha bijaksana. Untuk memahami kaedah ilmu maka lebih baik sekiranya kita tahu serba sedikit sejarah dan para ilmuawan yang telah membina jalan untuk kita meneruskan penerokaan ilmu ini. Dari segi sejarah Barat, mereka mengatakan ilmu ini diterokai dan dipelopori oleh masyarakat Greek, namun bagi kita umat Islam ianya bermula sejak Nabi Adam, kemudian diturunkan kitab Taurah dan Zabur, dan kemudiannya diteruskan oleh masyarakat Yunani Mesir, dan akhirnya di ambil alih oleh para filasuf Greek seperti Socrated, Plato dan Aristotle (sila rujuk gambarajah muka depan artikel sebelum ini).
Double Slit Experiment
Masa di sekolah menengah dulu, kita tidak kesah sangat tentang kepentingan "double slit" eksperimen ini. Tapi bila dah berumur ni baru nampak dan faham apa sebenarnya yang hendak diajar. Diharapkan kepada guru-guru agama dan asatizah yang membaca artikel ini mungkin boleh membuat ujikaji "double slit" ini masa pembelajaran kelas Al-Quran. Dengan ujikaji ini para pelajar akan dapat membuat perhubungan antara Al-Quran dan sains, dan akan mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap ilmu ghaib quantum mekanik yang penting ini.
Di dalam ujikaji ini, apabila foton atau elektron ditembak atau dilepaskan melalui dua lubang (double slit) ke atas skrin dibelakang maka yang terjadi ialah satu kawasan tanda tebal dan nipis belang-belang di skrin seolah-olah foton atau elektron adalah bersifat gelombang. Tetapi yang pelik dan ganjil ialah apabila diperhatikan misalnya dipasang pengesan (ditektor) maka hanya kedapatan satu lapis sahaja kawasan bertanda tebal yang menunjukkan foton atau elektron sudah bertukar menjadi partikel atau jisim.
Kita lihat terlebih dahulu beberapa ayat yang berkaitan dengan eksperimen tentang fenomena Quantum ini. Ayat 16:48 di bawah ini adalah dari siri minggu lepas. Lihat kepada penjadian semua benda adalah dari "daakhirun". Ini adalah sekecil-kecil (quantum) makhluk yang mampu dikaji dan diteliti oleh manusia. Pada peringkat quantum ini makhluk sudah tidak berperangai (behave) seperti biasa lagi, ia bertukar dari gelombang kepada partikel (jisim).
Ayat 27:88 ini pernah kita bincang pada artikel sebelum ini tentang "Heisenberg's Uncertainty Principle" atau "prinsip ketidak-tentuan Heisenberg". Perhatikan Allah SWT memberi "clue" dengan melihat maka sifat "duality" gelombang akan bertukar menjadi partikel iaitu jisim.

Perhatikan kepada perkataan "dzilla" iaitu "bayang" atau "benda hitam (dark matter)" di "stretched" kan iaitu dipanjang-lebarkan. Lihat setiap kali Al-Quran menjelaskan tentang ilmu quantum maka akan disertakan dengan perkataan "lihat". Dan sekarang para saintis baru sedar dan ketemui bahasa dengan "melihat" (atau mengukur) maka gelombang akab bertukar menjadi "benda" (particle). Adakah ini satu kebetulan atau memang Allah SWT tahu tentang benda-benda maha halus?
Kaji dan lihat ayat 25:45 ini dengan baik dan teliti. Di dalam hampir ke semua kitab-kitab tafsir dan terjemahan "dzilla" di dalam ayat ini akan diberi makna "bayang-bayang" yang terhasil dari penutupan atau halangan cahaya matahari. Namun pada hari ini kita baru sedar akan kehebatan Al-Quran menjelaskan tentang ilmu quantum mekanik.
Lihat ayat 25:45 di mana Allah menjelaskan satu bayang "dzilla" (singular atau mufrad) dipanjang-lebarkan (stretched out) berbilion-bilion kilometer luasnya dan kemudian selepas lama (perkataan "thumma" bererti selepas lama beberapa ketika) barulah matahari dijadikan. Maka jelas sekali "bayang" (dzilla) terjadi terlebih dahulu sebelum dijadikan matahari, oleh itu "dzilla" atau bayang di dalam ayat ini tidak bolehlah diertikan "bayang-bayang" yang terhasil dari matahari!
Mengkritik Immanuel Kant
Apabila kita mengkaji tentang ontology, metafiziks, kognitif, epistemologi, dan penjanaan ilmu maka kita tidak boleh lari dari mengkaji sejarawan hebat yang amat dikagumi oleh ilmuan eropah dan barat iaitu Immanual kant. Banyak ilmu-ilmu yang berfaedah yang dapat kita ambil dari Immanuel Kant ini seperti konsep "synthetic a priori".
Konsep dan proses "Synthetic a priori" ini tidak diterima oleh David Hume iaitu juga seorang filasuh Barat yang amat terkenal. Namum konsep synthetic a priori ini penting apabila kita mendalami metod tafsir Al-Quran bil-Quran (metod QbQ) iaitu lebih spesifik lagi metod tafsir Al-Quran bil-Hukm iaitu yang menggunakan hukum nahu bahasa Arab. Hukum atau nahu based ini adalah berdasarkan konsep "synthetic a priori", dan saya amat yakin sekiranya para ilmuwan Barat mengkaji Al-Quran maka mereka akan dapat meluaskan lagi konsep dan proses "synthetic a priori" ini.
Kant juga memperkenalkan konsep "transcendental idealism" yang mana satu konsep yang kurang jelas dan agak mengelirukan yang mana pelbagai interpretasi telah dibuat. Namun apa yang jelas ialah tentang konsep masa dan ruang di mana Kant mengatakan iaitu bukanlah satu benda yang wujud tetapi hanyalah satu istilah khayalan adalah tidak selari dengan Al-Quran.
Namun di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang realiti dan kewujudan "masa" (time) dan "ruang" (space) seperti ayat Al-Hajj 22:47, ayat As-Sajda 32:5, Al-Ma'rij 70:4, dan lain-lain. Sementara tentang ruang pula terdapat banyak ayat-ayat seperti ayat Az-Zaariyat 51:7 dan 51:47.
Namun yang menarik tentang Kant ini ialah dia cuba mengharmonikan antara konsep "empiricism" yang dijuarai oleh ilmuwan seperti Francis Bacon, John Locke, dan David Hume dengan "rationalism" yang dijuarai oleh pemikir seperti Rene Descartes, Spinoza, dan Leibniz.
Insyaallah dengan mengkaji cara-cara ilmuwan dan pemikir Barat mengkaji dan menjana ilmu akan memudahkan kita untuk menjayakan proses "Quranization of Knowledge" iaitu satu proses pendahulu (prerequisite) sebelum dapat menjayakan proses Islamization of Knowledge.
Wallahu a'lam.